Nahdliyin.id - - Media Islam Rahmatan Lil 'Alamin

Nabi Khidir as Masih hidup atau hanya cerita??? ini jawabanya


ADAKAH NABI KHIDIR 'ALAIHIS SALAM MASIH HIDUP? APAKAH MARTABAT BAGINDA? APAKAH MAKANAN
BAGINDA? APAKAH MAKNA DISEBALIK BERJUMPA BAGINDA SECARA MIMPI & YAQAZAH?
sesungguhnya telah sepakat Ahli Kasyaf bahawa Nabi Khidir masih hidup. diantara mereka-mereka yang banyak kali bertemu Nabi Khidir (secara yaqazah) ialah Zun-Nun Al-Misri, Asy-Syeikh Abdur-Razzaq, Al-Imam Ibnu 'Arabi Al-Hatimi, Asy-Syeikh Abu Al-Hassan Asy-Syadzili, Asy-Syeikh Abu Al-Abbas Al-Mursi, Asy-Syeikh Yaqut Al-'Arsyi. bahkan Asy-Syeikh Abu Al-Abbas Al-Mursi mengatakan behawa beliau telah bersalaman dengan Nabi Khidir a.s lebih daripada 300 kali.

dan diantara yang pernah bertemu dgn Nabi Khidir ialah Asy-Syeikh Ali Al-Khawwas, Asy-Syeikh Afdhaluddin, Asy-Syeikh Muhammad Al-Munir. telah berkata Asy-Syeikh Abu Al-Hassan Asy-Syadzili : "dua perkara yang aku kurang gemar terhadap para fuqaha' iaitu : (pertama) kata-kata mereka bahawa Nabi Khidir telah wafat & (kedua) kata-kata mereka bahawa telah kufurnya Al-Hallaj".

telah dinaqalkan oleh Al-Imam Al-Yafi'ie bahawa :
telah ijma' para Saadah Sufiyyah bahawa Nabi Khidir masih hidup dan akan terus hidup sehinggalah hari munculnya Dajjal. maqam (yakni martabat) Nabi Khidir ialah di bawah maqam Nubuwwah & di atas maqam Siddiqiyyah, sebagaimana yang telah dikhabarkan oleh Nabi Khidir sendiri bahawa Baginda adalah di maqam Barzakhiyyah, iaitu satu sudut kepada Kenabian dan satu sudut kepada Kewalian. kerana itulah kita akan dapati adakalanya Para 'ArifinbiLlah berselawat ke atas Nabi Khidir dengan menyebut "As-Solaatu Wassalam" dan adakalanya mereka menyebut: "RadhiaLlahu 'Anhu".
adapun mengenai makanan Nabi Khidir, adakalanya cukup bagi Baginda hanya bertasbih & berzikruLlah sahaja, adakalanya makanannya cukup dengan memakan tiupan angin lembut di awal sebelum subuh, dan adakalanya Baginda makan seperti manusia biasa. telah berkata Abdullah Al-Qurasyi : aku telah diziarahi oleh Nabi Khidir, lalu aku telah memasakkan untuk Baginda makanan gandum, maka Nabi Khidir amat menyukainya, maka aku berterusan menyukai
memasak gandum itu semenjak aku mengetahui bahawa Baginda amat menyukainya ketikamana aku memasakkan untuknya.
dan ketahuilah wahai saudaraku bahawa Nabi Khidir 'Alaihis-Solaatu Was-Salam tidak akan bertemu dengan seseorang melainkan untuk mengajarkan kepadanya suatu yang tidak diketahui olehnya. Nabi Khidir tidak mengambil manfaat ilmu daripada orang yang Baginda jumpai kerana Baginda tidak berhajat kepada Ilmu Istinbat (tertiban gabungan ilmu-ilmu sehingga dapat menatijahkan hukum daripada nas-nas) kerana ALLAH SWT telah mengurniakan kepada Baginda Ilmu Ladunni.
seterusnya Nabi Khidir tidak akan bertemu dengan seorang pun dikalangan para muriidiin (saalikiin yang masih berjalan dan belum sempurna) secara yaqazah (pertemuan secara sedar yakni jaga), Baginda akan bertemu dengan si saalik tadi secara mimpi sahaja kerana si saalik tidak mampu bersabar untuk bersuhbah dengan Baginda secara yaqazah, tetapi berlainan pula dengan para 'Arifin yang telah sempurna, Nabi Khidir bertemu dengan mereka secara yaqazah (sedar/jaga) dan mengajar mereka sesuatu yang mereka tidak tahu. dan aku (Al-Imam Sya'rani) termasuk dikalangan orang yang bertemu dengan Nabi Khidir di dalam tidur (mimpi) ketika mana Baginda mengajarkanku ilmu Al-Mizan ini (nama kitab yang beliau karang ini).
diterjemah daripada Kitab :
ﺍﻟﻤﻴﺰﺍﻥ ﺍﻟﺨﻀﺮﻳﺔ
karangan Al-'ArifbiLlah Al-Imam Sya'rani QaddasaLlahu Sirrahu.
boleh beli kitab ini di Maktabah Ummul Quro depan
Campus Al-Azhar Lil-Baneen di Husien, Cairo, Egypt.
WaLlahu alam.
https://www.facebook.com/rajamahadi.rajaahmad/posts/809861649042601

Title : Nabi Khidir as Masih hidup atau hanya cerita??? ini jawabanya
Description : ADAKAH NABI KHIDIR 'ALAIHIS SALAM MASIH HIDUP? APAKAH MARTABAT BAGINDA? APAKAH MAKANAN BAGINDA? APAKAH MAKNA DISEBALIK BERJUMPA BAGINDA ...

Dapatkan Berita Terbaru dari Kami Via Email: